Petrol percuma bukan ‘gula-gula’ kepada rakyat
PAYA RUMPUT 22 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin menafikan Program Pemberian Minyak Motosikal Percuma hari ini bukanlah ‘gula-gula’ kepada rakyat.
Jelas Rais, program yang dijalankan serentak di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri itu adalah sebagai simbolik dan tanda terima kasih sekaligus dapat mringankan beban pelbagai golongan yang menunggang motosikal.
Katanya, program itu bukanlah ‘gula-gula’ Pilihan Raya Umum (PRU) seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
“Di DUN Paya Rumput, kita sasarkan kira-kira 2,000 penunggang motosikal yang akan hadir ke tiga stesen minyak dalam Dun Paya Rumput.
“Setiap stesen kita anggarkan dalam 500 ke 600 penunggang dapat mengisi petrol motosikal percuma.
“Tiga stesen minyak itu adalah Stesen Petronas Taman Rambai Utama, Stesen Petronas Cheng dan Stesen Caltex Krubong,” katanya.
Beliau juga Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Program Isi Minyak Motosikal Percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di Stesen Minyak Petronas Taman Rambai Utama, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
REZEKI MAIN DAM AJI, MENANG KERETA
AYER KEROH 8 Disember - Siapa sangka dam aji yang dahulunya dianggap sebagai permainan masa lapang kini diangkat darjatnya menjadi...
ERA BAHARU KOTAK PERMAINAN DAM AJI BERMULA DI MELAKA
AYER KEROH 8 Disember - Permainan dam aji akan menjadi tarikan baharu Negeri Melaka selepas ia dinaik taraf menjadi sebuah...
MELAKA CIPTA REKOD PENGANJURAN DAM AJI TERBESAR NEGARA
AYER KEROH 8 Disember - Melaka berjaya melakar sejarah baharu negara apabila berjaya menganjurkan pertandingan dam aji terbesar dengan penyertaan...
MELAKA PERKENAL PERTANDINGAN KONDA KONDI ALAF BAHARU TAHUN DEPAN
AYER KEROH 8 Disember - Selepas kejayaan menganjurkan pertandingan dam aji terbesar, Kerajaan Negeri Melaka akan mengangkat martabat satu lagi...
MELAKA CATAT 12.5 JUTA PELANCONG SETAKAT NOVEMBER
AYER KEROH 8 Disember - Melaka berjaya catat lebih 12.5 juta pelancong setakat November 2024, sekali gus menghampiri sasaran 15...
KARNIVAL KPDN ZON SELATAN CATAT KUTIPAN JUALAN TERTINGGI RM2.7 JUTA
AYER KEROH 8 Disember - Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Zon Selatan berjaya catat kutipan...