Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 2.30 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali Isnin ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik perlahan dari Senai menghala Pulai, Jasin ke Ayer Keroh, Port Dickson ke Senawang, Putra Mahkota ke Seremban dan Seremban ke Port Dickson.
Menurutnya, bagi arah utara negara, aliran trafik perlahan di Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gopeng menghala Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bandar Baru ke Jawi.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sejauh 14 kilometer masing-masing dari Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.
Bagaimanapun, katanya aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 pula setakat ini masih lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘KALAU IBU ADA, PASTI LEBIH MERIAH’
DURIAN TUNGGAL 9 Disember - Gadis ini hanya mampu mengimpikan ibunya tersenyum dengan penuh perasaan bangga saat melihat dia yang...
PIALA TUN ALI 2024: USAHA KERAS KL TUAI KEMENANGAN BERGANDA
DUYONG 9 Disember - Pengurus pasukan Kuala Lumpur (KL), Mohd Zambri Abd Rahman menyifatkan kejayaan skuadnya pada Kejohanan Sepaktakraw Piala...
PEKERJA PEMBERSIHAN MENANG KERETA, HAJAT MAHU BAWA ANAK MAKAN ANGIN TERMAKBUL
AYER KEROH 9 Disember - Rezeki tidak salah alamat. Itu gambaran tuah seorang pekerja pembersihan, apabila memenangi sebuah kereta Perodua...
ANAK YATIM, MISKIN BUKAN HALANGAN BURU KECEMERLANGAN AKADEMIK
AYER KEROH 6 Disember - Status anak yatim atau miskin, bukan penghalang bagi penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul...
MAJLIS APRESIASI PEKERJA PEMBERSIHAN 2024 JADI PLATFORM SUNTIK MOTIVASI
AYER KEROH 8 Disember - Majlis Apresiasi Pekerja Pembersihan dijadikan platform memberi motivasi, menghargai dan mengiktiraf para pekerja yang terlibat...
KETUA MENTERI RAIKAN LEBIH 4,000 PEKERJA PEMBERSIHAN
AYER KEROH 8 Disember - Lebih 4,000 pekerja pembersihan dalam Negeri Melaka diraikan pada Majlis Apresiasi Pekerja Pembersihan Negeri Melaka...