
Wanita rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya MEX
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Seorang wanita rentung manakala lima individu terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM10.9 Lebuhraya Maju (MEX) di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil Pegawai Bomba Kanan II Khairuddin Abdurrahman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.14 pagi sebelum 17 anggota dan jentera daripada BBP Bukit Jalil dan BBP Pudu digegaskan ke lokasi.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati sebuah kereta terbakar 100 peratus berpunca daripada kemalangan jalan raya. Pemandunya iaitu seorang wanita rentung.
“Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga yang turut terlibat dalam kemalangan sama pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Khairuddin berkata kereta yang terbakar itu turut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita dengan hanya lelaki itu mengalami kecederaan di kepala.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUJUH PELAJAR MRSM TERLIBAT KES BULI DISYOR TAMAT PENGAJIAN – ASYRAF WAJDI
NIBONG TEBAL, 8 April - Jawatankuasa disiplin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengesyorkan tujuh pelajar MRSM di sini yang terlibat...
MAIM BUKA PERMOHONAN BIASISWA MUMTAZ, DERMASISWA TUN PERAK
PENGKALAN BATU 8 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Pembangunan Insan telah membuka permohonan untuk Biasiswa Mumtaz...
PEMBINAAN JALAN BAHARU KUALA LINGGI-AYER MOLEK, MASJID TANAH BERMULA HUJUNG TAHUN INI
KUALA LINGGI 8 April - Satu jajaran jalan raya baharu sejauh 6.2 kilometer akan dibina dari Kuala Linggi ke Ayer...
OPERASI KUTIPAN SAMPAH DIKERAPKAN SEPANJANG SYAWAL – MBMB
AYER KEROH 7 April - Bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meningkatkan kekerapan operasi kutipan...
BANTU ORANG TABOH NANING BERTEDUH DI KEDIAMAN LEBIH SELESA
TABOH NANING 8 APRIL - Membantu lebih ramai penduduk memiliki dan berteduh di kediaman lebih selesa antara fokus Ahli Dewan...
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...