
SOP baharu hadkan majlis dan perhimpunan orang ramai dikaji – PM
MELAKA 6 Okt. – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis
dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak Covid-19.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia termasuk persidangan besar, kenduri
kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan mendapatkan input dari KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan jika perlu.
“Yang amat dikehendaki pada masa ini ialah kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan.
“Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!
“Marilah kita hadapi perang menentang Covid-19 secara bersama. Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini.
“Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi. InsyaAllah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...