Sorting by

×

APM pantau 10 ‘hotspot’ banjir Alor Gajah

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 19 Oktober – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka memberikan tumpuan kepada 10 daripada keseluruhan 48 titik panas berisiko tinggi berlaku banjir sekitar daerah Alor gajah.

Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli berkata, 10 titik panas berkenaan adalah lokasi banjir berulang dan perlu dipantau dari semasa ke semasa.

“Kami sudah melaksanakan penyelarasan peringkat jabatan di setiap daerah bagi menghadapi kemungkinan banjir termasuk membersihkan sungai dan longkang.

“Alhamdulillah Kerajaan persekutuan juga sudah meluluskan peruntukan untuk menjalankan beberapa projek ‘quick win’ sekitar Alor Gajah.

“Projek ini diharap dapat mengurangkan jumlah lokasi titik panas dan mengurangkan risiko berlakunya banjir,” katanya pada sidang media Program Bantuan Bencana Banjir Petronas Peringkat Negeri Melaka di Pejabat APM Melaka, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonal (PA) Kamarulsyah Muslim dan hadir sama, Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, M Zaki Mahat.

Saiful Hazwa, turut mengucapkan rasa terima kasih kepada Petronas kerana menyumbangkan  pelbagai kelengkapan sebagai persediaan jika berlaku banjir di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2227
Kongsi :
Previous post Lelaki ditahan campak tiga ekor kucing milik jiran dari tingkat 15 – Polis
Next post KKSL hab program CSR Melaka
Ubah saiz-+=