750 peserta Historical Hunt berentap rebut hadiah bernilai RM10,000

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PULAU BESAR 17 Oktober – Kira-kira 750 peserta dari dalam dan luar negeri menyertai Acara Historical Hunt 2022 yang berlangsung dari 15 hingga 23 Oktober ini bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.

Penganjur Historical Hunt, Hayat Hazmir berkata, objektif acara itu bagi mendedahkan sejarah yang tiada di dalam buku sekolah atau diajar di sekolah sekaligus untuk meningkatkan pengetahuan terhadap Negeri Melaka.

Katanya, acara itu memerlukan peserta untuk pergi menyelesaikan kuiz-kuiz di 11 lokasi dalam Negeri Melaka.

“Historical Hunt ini, kita akan minta peserta menyelesaikan ‘podcast’ atau kuiz di lima lokasi sekurang-kurangnya dan Pulau Besar merupakan lokasi utama di mana kesemua peserta wajib ke sini.

“Antara lokasi lain adalah di Bangunan A’Famosa, Muzium Samudera, Bangunan Merah atau Stadthuys, Perkampungan Hang Tuah, Melaka River Cruise, Taman Reptilian dan Rama-Rama, Zoo Melaka, Menara Taming Sari, The Shore dan Jalan Jonker.

“Kesemua lokasi itu ada menceritakan tentang sejarah Melaka dan sejarah-sejarah berkaitan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

photo1665988998 (1)
Aktiviti berkayak diadakan di Pulau Besar, Melaka. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Hayat berkata, acara yang berlangsung selama sembilan hari itu membolehkan kesemua peserta terlibat untuk melancong sambil menimba ilmu sejarah dan fokus utamanya adalah untuk memenangi hadiah berupa wang tunai.

“Kita buat pertandingan ini, kita mahukan kesemua peserta mempunyai ‘input’ selain melawat tempat-tempat ‘wajib datang’ di Melaka dan mengetahui sejarah di sebalik lokasi terbabit.

“Pemenang akan diumumkan pada tarikh 23 Oktober ini, iaitu hari terakhir acara Historical Hunt,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1964
Kongsi :
Previous post Bajet 2023 akan dibentang sekali lagi sebelum akhir tahun – PM
Next post Lori, treler jangan bawa lebih muatan – KP JPJ
Ubah saiz-+=