‘Terbang’ dari Pulau Besar ke Pulau Lalang jadi tarikan pelancongan baharu Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PULAU BESAR 17 Oktober – Pelbagai usaha dilakukan kerajaan Negeri menerusi Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka bagi membangunkan Pulau Besar sebagai lokasi pelancongan baharu di negeri ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, antara tarikan yang bakal diperkenalkan ialah pembinaan ‘Zip Line’ sejauh 750 meter dari Pulau Besar ke Pulau Lalang akan dilaksanakan dan dijangka akan siap tahun depan.

Katanya, pembinaan ‘Zip Line’ itu antara tarikan baharu pelancong luar dan dalam negeri ke Pulau Besar dan akan ada lebih banyak lagi tarikan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Tahun hadapan, kita merancang pelbagai aktiviti dan pembangunan yang akan dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya ke Pulau Besar.

“Untuk Zip Line yang akan dibina ini, mengikut kelulusan, kurang daripada setahun dapat direalisasikan dan melihat perkembangan Pulau Besar yang semakin ramai dikunjungi, selepas ini kita akan pulihkan pula Puteri Resort.

“Antara lain, yang kini dalam perancangan adalah pembinaan Glamping di atas tanah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan seterusnya mengangkat Pulau Besar sebagai taman rekreasi laut,” katanya.

photo1665989292
Aktiviti berkayak diadakan di Pulau Besar, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada media selepas mengadakan lawatan sekitar Pulau Besar, semalam.

Hadir sama, Pengarah Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Negeri Melaka, Azhar Yaacob dan Pengarah Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sha’ari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3959
Kongsi :
Previous post COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 8.5 peratus
Next post Lelaki ‘naik gila’ atas bumbung rumah
Ubah saiz-+=