Sorting by

×

JAKM dekatkan kerajaan dengan rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang memasuki edisi ke-11 dianjurkan di negeri ini memberi peluang kepada kerajaan untuk memperkasakan hubungan lebih dekat dengan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, JAKM yang dijalankan membabitkan sesi libat urus antara kerajaan dan rakyat dengan menyasarkan komunikasi dua hala sekali gus memberi peluang kepada rakyat untuk ambil tahu segala usaha yang dijalankan oleh Kerajaan.

“Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menyambut baik dan menyantuni aspirasi Kerajaan Persekutuan terutamanya berkenaan kempen Keluarga Malaysia yang dijalankan ini.

“Saya percaya, atas semangat Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran, program-program yang dirancang tentulah memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat di Negeri Melaka.

“Justeru, saya yakin melalui program ini dilihat dapat menyampaikan dan mendidik rakyat tentang apa yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob kepada rakyat selain ia juga dapat memperkasa serta mendekatkan Kerajaan dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya di JAKM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

photo_2022-10-14_17-05-43
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menyaksikan perasmiannya yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri barisan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu kenamaan lain.

Siri jelajah yang diadakan sejak Mac lalu bermula di Johor bakal memasuki tirai terakhirnya membabitkan 13 buah negeri dengan acara penutupannya dijadualkan berlangsung di Putrajaya.

Menerusi penganjuran di Melaka pelbagai aktiviti menarik ditawarkan antaranya Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Program Padanan Perniagaan, Malam Zikir Berkah Melaka Berselawat, gerai jualan dan pameran dari pelbagai agensi terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1234
Kongsi :
Previous post Lelaki ditahan disyaki terlibat samun bersenjata di Kuala Kangsar
Next post PM tidak lupakan Melaka
Ubah saiz-+=