Tidak tabur janji, tapi bukti tunai janji – Dr Muhamad Akmal

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 12 Oktober – “Jika bertanya kepada saya adakah bersedia sekiranya dicalonkan dalam kerusi parlimen di negeri ini semasa Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15) nanti, sudah tentu saya cukup bersedia”.

Itu kata Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh yang bersedia pada bila-bila masa jika beliau dicalonkan.

Jika sebaliknya, beliau tetap terus menyokong mana-mana calon yang akan diletakkan bagi kerusi Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat beliau tidak mahu menabur janji, sebaliknya membuktikan kepada rakyat segala manfaat yang telah diberikan untuk rakyat menilainya sendiri.

“Kita tidak bagi janji, tetapi kita bagi bukti dan biarlah rakyat melihat sendiri dan menentukannya.

“Secara jujurnya saya sebagai orang parti siapapun parti yang diletakkan di kerusi parlimen itu, itulah yang kita akan sokong yang kita akan bawa, tapi kalau tanya saya, saya bersedia atau tidak sudah tentu saya bersedia.

“Saya bersedia pada bila-bila masa untuk apa sekalipun, tetapi yang paling penting sekali adalah siapa pun calon Barisan Nasional (BN) kita kena menang,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya di sini hari ini.

Ujarnya, rakyat pada hari ini lebih bijak menilai siapa untuk menjadi pemimpin mereka.

“Kita memang sudah sedia sebelum ini lagi, ‘ready’ maksud dia bagi saya apabila kita bekerja dengan rakyat, kita tidak perlu takut. Kita serahkan kepada rakyat untuk menilai, saya percaya rakyat sekarang ini sangat bijak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2033
Kongsi :
Previous post Mayat wanita reput ditemukan dalam semak di Ipoh
Next post KKM akan laksana pelabelan kalori makanan di restoran, kafeteria tahun depan
Ubah saiz-+=