Teater ‘Adoi…Baba!’, kisah cinta ‘Oghang Melaka’

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 12 Oktober – Teater ‘Adoi…Baba!’, naskah adaptasi daripada karya dari seberang diolah menjadi kisah cinta ‘Oghang Melaka’ berlatarkan budaya dan suasana negeri yang kaya dengan budaya dan sejarah.

Pengarahnya, Norhan Fahmie Reyza berkata teater olahannya itu pernah dipentaskan pertama kali pada 2015 di Universiti Malaya (UM).

Ujarnya, pementasan teater itu pada kali ini akan disuntuk dengan latar belakang Negeri Melaka secara keseluruhan.

“Penggunaan ‘Adoi’ merujuk kepada soal nasib, kejayaan, perjuangan serta pengorbanan berkaitan perjalanan hidup seorang pemuda kampung yang bernama ‘Baba’.

“Secara keseluruhan pelbagai elemen dapat digarapkan dalam satu teater ini, ada suka, duka, sedih, gembira, muzikal, dan semua elemen inilah yang menghidupkan ‘rasa’,” katanya pada sidang media Teater Adoi…Baba! di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka, Ezlina Elias.

Mengulas lanjut, ujarnya, pementasan itu akan dijayakan oleh pelakon-pelakon teater yang terkenal dan profesional antaranya Iejat Ashari, Saifulwazien, Syahidatul Munirah, serta penampilan khas ‘influencer’ Tik Tok terkenal, Nizam Rahman dan ramai lagi.

Teater ‘Adoi…Baba!’ akan dipentaskan di Panggung Sari, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera (JKKN) Negeri Melaka pada 14 dan 15 Oktober ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1946
Kongsi :
Previous post Teater ‘Adoi…Baba!’ di Panggung Sari JKKN Melaka 14 Okt ini
Next post Misteri bil air rendah terjawab, chalet peranginan terima notis
Ubah saiz-+=