Sorting by

×

CDC maklumkan COVID-19 sesekali boleh tersebar melalui udara

Masa Membaca:37 Saat

WASHINGTON 6 Okt. – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pada Isnin mengeluarkan panduan terkini yang menyatakan COVID-19 kadangkala boleh tersebar melalui penularan udara, lapor agensi berita Sputnik.

“Beberapa jangkitan boleh disebarkan dengan cara terdedah kepada virus daripada titisan kecil dan zarah-zarah yang dapat bertahan lama di udara selama beberapa minit hingga berjam-jam,” kata kenyataan itu.

“Virus ini mungkin menjangkiti individu yang jaraknya lebih daripada enam kaki dari orang yang dijangkiti atau setelah individu itu meninggalkan ruang tersebut.”

CDC berkata penularan melalui udara lebih cenderung berlaku di ruang tertutup dengan pengudaraan yang tidak mencukupi.

Amerika Syarikat telah melaporkan lebih daripada 7.4 juta kes dan hampir 210,000 kematian berkaitan virus pada Isnin, menurut data yang dikumpul oleh John Hopkins University.

– BERNAMA

Views:

259
Kongsi :
Previous post Lelaki gelang ‘pink’ ke pasar raya
Next post Pulangkan rantai, sebelum terbabit kemalangan
Ubah saiz-+=