Terkesan COVID-19, penggiat pelancongan kini ikon petani rock melon Melaka

Masa Membaca:3 Minit, 17 Saat

SUNGGUHPUN pandemik COVID-19 banyak membawa kesan kepada kehidupan namun disebalik ujian yang melanda itu ia juga merupakan titik permulaan rezeki yang mampu mengubah nasib seorang usahawan tani muda, Sayed Eryas Normayuddin Sayed Alias, 40, sejak tiga tahun lalu.

Rekflesi kehidupannya berubah setelah dia mencuba nasib mengusahakan perusahaan ladang kecil buah rock nelon akhirnya menerima permintaan seluruh negeri hasil strategi pemasaran atas talian yang pernah tular di media sosial tahun lalu.

Ladang Sensa Rock Melon terletak di Kuala Sungai Baru kini membawa satu imej baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi apabila ladang yang diusahakan itu menerima permintaan dari seluruh negeri termasuk dari pelbagai negara antaranya Singapura, Jerman dan Perancis.

Menceritakan pengalamannya, Sayed Eryas sebelum ini merupakan seorang penggiat agensi pelancongan negara begitu terkesan dengan pandemik melanda membuatkannya terpaksa bertukar bidang ke sektor pertanian.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tiga tahun lalu, kami sekeluarga ‘terperangkap’ di Kedah selama berbulan akibat sekatan pergerakan yang membatasi perjalanan kami dan akhirnya saya terpaksa menetap di kampung halaman isteri ketika itu.

“Sektor pelancongan ketika itu ‘mati’ akibat pandemik melanda, punca pendapatan saya terjejas dan saya tak jumpa jalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi sebagai bapa kepada empat orang anak.

“Akhirnya, abang ipar saya mencadangkan untuk mengerjakan tanah terbiar di kampung itu dengan menanam jagung dan akhirnya membuahkan hasil yang begitu lumayan ketika itu, dan dari situlah tercetusnya inspirasi saya setelah berjinak-jinak dalam bidang pertanian sehingga ke hari ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2022-10-11 at 3.16.35 PM
Ladang Sensa Melon Kuala Sungai Baru menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, baru-baru ini.

Sayed Eryas berkata, dengan semangat yang mendalam dia meneruskan perjalanannya ke Melaka setelah diberikan kebenaran merentas negeri dan berhasrat untuk berbakti pada tanah negeri ini untuk memperluaskan ilmu pertaniannya.

“Akhirnya atas sokongan dari isteri dan keluarga saya cuba mempelajari sistem penanaman fertigasi menerusi atas talian, pelbagai platform saya pelajari termasuk menerusi Youtube dan membeli beberapa modul pembelajaran atas talian daripada seorang petani terkenal di negara ini.

“Alhamdulillah, pada peringkat awalan saya masih lagi mencuba-cuba menjinakkan diri dalam fertigasi tanaman rock melon dengan menyewa rumah tinggal di Tanjung Bidara dan menggunakan halaman rumah itu dengan menananam 300 batang rock melon.

“Dari permulaaan itu bermulalah perjalanan saya sehingga ke hari ini apabila berjaya memperluaskan perusahaan ini dengan menyewa tanah di Kuala Sungai Baru dan menaman lebih kurang 2,000 batang pokok dengan purata hasil tuaian kira-kira enam tan rock melon dihasilkan dalam tempoh enam bulan.

“Sehingga kini saya telah tujuh kali menuai hasil rock melon dan berjaya dipasarkan di seluruh negara menggunakan perkhidmatan kurier, biarpun menerima banyak tempahan dari Singapura, Jerman dan Perancis namun saya tidak dapat menunaikannya berikutan kekangan dalam perkhidmatan pengeposan yang memerlukan dokumentasi yang merumitkan untuk dieksport ke luar negara.

WhatsApp Image 2022-10-11 at 3.17.03 PM
Kerja-kerja tuaian hasil rock melon dijalankan

Tambahnya, hasil perjalanan itu juga telah dibantu oleh Jabatan Pertanian Alor Gajah yang menyediakan pelbagai bantuan dan peluang kepadanya untuk mengembangkan pemasarannya ke peringkat lebih tinggi.

“Sistem pengeposan yang dijalankan memberi cabaran besar pada saya apabila banyak produk yang dipos rosak dan pecah memberikan kerugian kepada saya.

“Hasil bantuan daripada Jabatan Pertanian mereka turut memberi peluang kepada saya untuk memasarkan hasil tuaian rock melon ini sehinggakan hari ini saya membuka Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang membuka peluang orang ramai untuk membeli buah segar dari ladang ini selain mereka juga diberi peluang memetik buah yang mereka minati sendiri di sini.

Dia berkata, semua itu adalah berkat sokongan dari pelbagai pihak khususunya dari keluarga dan kerajaan hari ini termasuk memberikan geran serta bantuan untuk memajukan pertanian rock melon.

“Saya berhasrat agar lebih ramai lagi petani muda di luar sana untuk lebih berani untuk kehadapan mencuba nasib dalam sektor pertanian kerana ia banyak memberi manfaat dan membantu mengubah kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3067
Kongsi :
Previous post Pelbagai mekanisme tarik pengunjung ke Jelajah AKM Melaka 2022
Next post KKR bakal lancar Dasar Pembangunan Jalan dan Lebuhraya 2030
Ubah saiz-+=