
Mesyuarat khas MT UMNO malam ini bincang PRU-15
KEPALA BATAS, 10 Oktober – Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam ini akan membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahli MT UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan perkara-perkara berbangkit, termasuk soal berkaitan banjir.
“…malam ini lebih kepada persiapan seandainya pilihan raya berlaku pada bila-bila masa, dan demikian juga kalau ada perkara-perkara berbangkit, termasuk soal membabitkan banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung beberapa laporan media mengenai UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) malam ini.
Terdahulu, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim dan menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada setiap 37 buah masjid dan RM2,000 kepada setiap 76 buah surau di Kepala Batas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...