
KKM kesan tiga kluster baharu COVID-19 di Kedah dan Terengganu
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga kluster baharu COVID-19, masing-masing dua di Kedah dan satu di Terengganu.
Menurut Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kluster itu dikenali sebagai Bah Sintok dan Jeram di Kubang Pasu, Kedah, serta Bah Tanjung di Kuala Nerus, Terengganu.
Jelasnya, kes indeks bagi kluster Bah Sintok membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang pulang dari Sabah pada 20 September lalu, sebelum demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September.
Katanya, saringan COVID-19 terhadapnya positif pada 2 Oktober, sebelum lelaki itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 11 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes yang dikesan positif ialah rakyat Malaysia dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
“Sehingga 5 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 165 individu disaring. Keputusan saringan mendapati 12 dikesan positif COVID-19, 61 individu negatif dan 92 individu masih menunggu keputusan.
“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

