
Cakna keperluan semua kaum
MERLIMAU 10 Oktober – Sebuah tangki air bakal ditempatkan di Tanah perkuburan kaum India yang bersebelahan Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) minggu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia bagi memudahkan urusan pembersihan tanah perkuburan kaum berkenaan yang akan menyambut Deepavali tidak lama lagi.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah saya perasan ada sekumpulan orang Merlimau membersihkan kubur kaum India di tepi AMJ.
“Jadi saya singgah bertanya khabar apa boleh dibantu, antara keluhan mereka tanah perkuburan ini masih tidak mempunyai sumber air dan mereka terpaksa bawa air dari rumah jika mahu membersihkan kubur.
“Insya-Allah minggu depan (minggu ini) kita berikan tangki air untuk mereka guna memandangkan Deepavali tidak lama lagi, mereka akan gunakan air untuk bersihkan kubur saudara mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...