
Tiga individu pengsan terhidu gas bocor
KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Dua pekerja restoran dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas yang bocor di dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Pandan di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba Shah Alam dan Tun Razak digegaskan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 9.55 pagi.
Beliau berkata pegawai KKM berkenaan pengsan selepas masuk ke dalam restoran tersebut bagi membantu dua pekerja wanita yang turut pengsan.
“Ketiga-tiga mereka dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan manakala restoran itu ditutup sementara siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

