
Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
MELAKA, 10 Oktober – Sungai Melaka di Batu Hampar di sini melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada pukul 9 pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman sesawangnya di https://https://publicinfobanjir.water.gov.my/.
Selain itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada di paras 3.26 meter dan Sungai Duyong di Duyong, Melaka Tengah (1.71 meter), masing-masing melepasi paras amaran 3.25 meter dan 1.38 meter.
Sementara itu, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatatkan paras 1.56 meter (paras berjaga-jaga 0.50 meter).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.
Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...