Sorting by

×

Tun Mohd Ali rasmi Kejohanan Muay Thai Grand Fight 2022

Masa Membaca:34 Saat

AYER KEROH 8 Oktober – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Kejohanan Muay Thai Grand Fight (MGF) 2022 di Dewan Mini Bistari, di sini, malam ini.

Majlis itu dirasmikan dengan Tun Seri Setia Mohd Ali memukul gendang sebanyak tiga kali sebagai simbolik perasmian kejohanan MGF yang disertai peserta dari seluruh negara.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ismail Durum dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, V P Shanmugam.

Kejohanan itu dianjurkan Kelab Rizq Muay Thai dengan kerjasama dari Ara Gym Muay Thai, Kementerian Belia Sukan (KBS) dan beberapa agensi kerajaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2221
Kongsi :
Previous post Penubuhan pusat respons scam kebangsaan dalam bajet 2023 tingkatkan langkah-langkah keselamatan siber
Next post 3,000 warga Melaka semarak Malam Cinta Rasul
Ubah saiz-+=