Sorting by

×

Bajet 2023 mesra kaum hawa, OKU

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 8 Oktober – Bajet 2023 disifat sebagai prihatin kaum hawa dan orang kurang upaya (OKU) dengan kebajikan golongan itu terus diperkasakan.

Exco Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, pasti inisiatif diumumkan Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, semalam disambut baik.

Beliau berkata, keprihatinan kerajaan dengan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk peralatan dan fasiliti baharu di Bangunan Blok Wanita dan Kanak-kanak di Hospital Melaka antara yang menarik perhatiannya.

“Segala inisiatif dan penambahbaikan ini sudah pasti saya berasa lega serta menyambut baik kerana dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

“Malah bagi bantuan ‘one off’ RM500 untuk ibu yang bersalin juga saya sudah menerima panggilan telefon, ramai yang bertanya, jadi ini sesuatu yang ditunggu,” katanya.

Menurutnya, pengecualian cukai untuk wanita kembali bekerja juga adalah langkah bijak diumumkan kerajaan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1281
Kongsi :
Previous post Hari Sukan Negara Melaka perkasa aktiviti rekreasi pasca COVID-19
Next post Hospital wanita dan kanak-kanak dinanti-nantikan rakyat Melaka – Exco
Ubah saiz-+=