Sorting by

×

Kesiapsiagaan APM tidak terjejas jika PRU musim tengkujuh

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 5 Oktober – Kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam menjalankan operasi menyelamat ketika banjir tidak akan terjejas jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Dr Norhafifi Ismail berkata, pihaknya pernah berdepan situasi sama pada PRU-14 dan terbukti ia mampu ditangani dengan berkesan.

“Pada PRU-14 kami membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melicinkan perjalanan PRU dan APM sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan termasuk mengangkut pengundi termasuk orang kurang upaya (OKU) ke pusat membuang undi.

“Kami sudah atur strategi bagaimana mahu melancarkan pelaksanaan kedua-dua tugasan dalam waktu yang sama. Begitulah juga dengan persiapan menghadapi PRU ini kita akan cuba laksanakan sebaik mungkin sekiranya perkara ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Bersama Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka 2022 yang turut dihadiri Pengarah APM Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengalaman pengurusan operasi menyelamat ketika pandemik COVID-19 lalu dijadikan panduan bagi menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka.

“Hasil koordinasi dan kerjasama daripada semua agensi kerajaan lain kami dapat laksanakan tugas dengan lancar,” katanya.

Dr Norhafifi berkata, sebagai persediaan banjir APM menggerakkan lebih banyak aset ke negeri dijangka terjejas Monsun Timur Laut seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2176
Kongsi :
Previous post Penjara usang bakal diganti baharu
Next post ‘Nakal’ tapi ada sijil, diploma
Ubah saiz-+=