Sorting by

×

‘Coding with Scratch’ galak golongan cilik ceburi bidang sains

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 5 Okt. – Kursus ‘Coding with Scratch’ menggunakan blok visual bagi menarik pelajar sekolah rendah dan menengah dijangka mampu menggalakkan golongan cilik menerokai
mengenai bidang sains dan teknologi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu berkata, secara tidak langsung, para peserta terlibat dapat memperkembangkan bakat serta menambah ilmu pengetahuan dalam bidang itu.

“Bukan sahaja percuma, malah mereka boleh melakukan aktiviti seperti rekaan cerita interaktif, animasi, permainan dan lain-lain.

“Komuniti setempat juga dapat memperkasakan kemahiran teknolgi maklumat dalam kalangan peserta dan mereka akan diberi sijil penyertaan dari MBMB,” katanya kepada MHI.

Kursus anjuran MBMB itu mendapat kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sempena Bulan Sains Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka.

Dalam kursus itu, seramai 40 peserta terlibat di mana seramai 20 peserta bagi sesi pagi (berumur 9 hingga 12 tahun) dan 20 peserta bagi sesi petang (berumur 13 hingga 15 tahun).

Views:

682
Kongsi :
Previous post UTeM laksana pendaftaran pelajar baharu atas talian bermula hari ini
Next post Rakan maut kereta dinaiki bertembung
Ubah saiz-+=