
Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin dobi di Johor
JOHOR BAHRU, 2 Oktober – Seorang pelanggan yang berhasrat untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, di sini, semalam, terkejut apabila menemukan seekor ular sawa di dalam mesin basuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Mohd Jamal, berkata seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada pemilik dobi itu pada jam 9.41 pagi.
“Pelanggan yang menjumpai ular ketika ingin membasuh baju itu terus memaklumkan kepada pemilik kedai dobi tersebut dan pemilik menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.
“Ular sawa tersebut adalah berukuran 1.8 meter (6 kaki)ki dan seberat 20 kilogram, berada di dalam salah satu mesin basuh dobi itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata ular itu, yang tidak bertindak agresif, ditangkap dalam masa lima minit dengan menggunakan penjerut dan telah dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan orang awam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...