Melancong dalam negara lebih berbaloi dari ke Thailand – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 28 September – “Pakej percutian ke Thailand memang murah namun mereka yang ke sana tujuannya berbeza dengan melancong dalam negara, percutian dalam negara berdasarkan elemen kekeluargaan tidak seperti di sana”.

Itu respon Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengulas mengenai pemilihan Thailand sebagai destinasi melancong berbanding melancong dalam negara.

Ujar beliau, tren bercuti ke Thailand itu disifatkan hanya sementara berikutan terdapat pakej yang didakwa ‘murah’ ditawarkan ke sana.

“Saya menafikan pakej percutian ke Thailand lebih murah berbanding dalam negara, di sana senarionya lain, bilik memang murah, tapi adakah semua ke sana untuk bilik? Pasti untuk ‘benda’ lain.

“Dibandingkan dalam negara, khususnya Melaka sendiri, kita menawarkan percutian kekeluargaan, di mana Melaka sebagai negeri pelancongan yang menawarkan 14 subsektor pelancongan daripada sukan, rekreasi, kesihatan dan sebagainya.

“Elemen pelancongan di sana lain, elemen pelancongan di Malaysia lain, di sana ada ‘nightlife’ lebih kepada hiburan yang tidak berfaedah dan di sini lebih kepada institusi kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Matta Fair Melaka 2022 di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Kota Fesyen di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Sha’ari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7146
Kongsi :
Previous post Bertempur bagai di medan perang
Next post Ketua Penerangan UMNO Kota Melaka meninggal dunia
Ubah saiz-+=