Sorting by

×

Derita 100 penduduk bakal berakhir

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

PENGKALAN BATU 27 September – Derita kira-kira 100 penduduk yang kediaman mereka sering dilanda banjir kilat susulan pemasalahan saliran air dan longkang tersumbat bakal di kawasan tempat tinggal mereka bakal berakhir apabila kerja-kerja naik taraf akan dijalankan.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan segera dengan menjalankan kerja pembersihan dan pembaikan longkang yang menghalang laluan air diambil sebagai langkah pertama mengatasi masalah banjir.

Beliau berkata, hasil turun padang mendapati antara punca berlakunya banjir setiap kali cuaca hujan adalah akibat daripada sistem perparitan yang tidak diurus dengan baik.

“Langkah segera akan diambil bagi membolehkan sistem penguraian banjir boleh dilaksanakan. Kita dapati ada longkang sepanjang kira-kira 950 meter yang sebahagian 30 hingga 50 meter runtuh menyebabkan perjalanan air tersekat.

“Oleh itu kita minta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) melantik kontraktor dalam kalangan penduduk kampung untuk menjalankan kerja pembersihan dan baik pulih longkang dikenal pasti supaya air dapat lalu dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan turun padang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman di Kampung Pengkalan Batu, hari ini.

photo1664250609
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan mengadakan sidang akhbar selepas program lawatan masalah banjir yang dihadapi penduduk kampung di Kampung Pengkalan Batu, Melaka. Foto: MR. AZLI

Menurut beliau, sekiranya langkah pertama diambil ini dapat membantu mengatasi masalah banjir di kawasan itu, tindakan selanjutnya akan dijalankan sama ada dengan pembinaan tambahan saliran air baharu seperti longkang yang berkapasiti besar.

“Sekiranya tindakan segera dilaksanakan ini dapat kurangkan masalah banjir, baru kita boleh ambil kira untuk pembinaan ‘volume’ longkang yang dapat menampung kelajuan air yang tinggi dan deras,” katanya.

Sementara itu, Zaidi berkata, sebarang projek pembinaan baharu dikawasan itu juga hanya akan dibenarkan apabila sistem perparitan atau longkang dibina terlebih dahulu.

“Sebelum kebenaran merancang dikemuka dan diluluskan, pemilik tanah mahupun pemaju perlu bina longkang dahulu ia bagi mengelak berlakunya masalah banjir dan penduduk setempat menjadi mangsa,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4353
Kongsi :
Previous post Pekerja binaan maut tertimbus dalam runtuhan konkrit
Next post Melaka sasar 30,000 unit kediaman pintar menjelang 2023
Ubah saiz-+=