
Tenis Malaysia umum kepimpinan baharu
PERSATUAN Lawn Tenis Malaysia (Tenis Malaysia) mengumumkan barisan kepimpinan baharu badan induk itu bagi memacu sukan tenis negara ke aras lebih tinggi.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 24 September lalu, perwakilan sebulat suara mengekalkan Mirzan Mahathir selaku Presiden Tenis Malaysia selepas menang tanpa bertanding.
Manakala, Naib Presiden disandang Datuk Patrick C J Liee, Zainudin Osman dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.
Presiden Lawn Tenis Melaka (MLTA) Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim pula diumum sebagai Setiausaha Kehormat Baharu Tenis Malaysia selepas dipilih Presiden sebaik selesai AGM itu.
Selain itu, Tenis Malayaia turut memilih Bendahari Kehormat dan timbalannya serta tujuh barisan Exco baharu.
Ia turut menyaksikan buat julung kalinya dua wakil wanita dipilih menjadi Exco, sekali gus diyakini bakal menarik minat kaum hawa dalam sukan tenis di negara ini.
Tenis Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, badan induk itu akan mengumumkan perancangan tiga tahun mereka pada Mesyuarat Exco pertama yang dijadual pada 8 Oktober depan di Sarawak bersempena Kejohanan Piala Perdana Sarawak ITF World Tennis Tour Junior J1.
Selain itu, mesyuarat pertama itu juga bakal mengumumkan portfolio kepimpinan yang baharu dilantik itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...