Sorting by

×

Restoran antara ‘port’ premis judi dalam talian

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 23 September- Sebuah restoran menyediakan perkhidmatan tambah nilai perjudian dalam talian antara 10 premis perniagaan dikenakan tindakan pemotongan elektrik dalam operasi dijalankan sekitar Melaka Tengah, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, operasi pemotongan itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Aktiviti perjudian dalam talian ini berselindung disebalik aktiviti perniagaan seperti kedai telekomunikasi dan restoran. Pada kebiasaannya bahagian belakang premis menjadi tempat aktiviti menyalahi udang-undang itu dijalankan.

“Premis ini juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kehadiran pihak berkuasa. Tidak kurang ada yang menjalankan urusan itu menggunakan lubang kecil pada pintu di belakang kedai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, kesemua premis berkenaan disewa daripada pemilik asal  dan tiada sebarang tangkapan dilakukan sepanjang operasi.

Katanya, hasil siasatan lanjut pula pemilik asal premis berkenaan mendakwa tidak mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh penyewa.

“Tindakan pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan mengikut Seksyen 44 (a) Akta Rumah PerJudian Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(c) Akta Perjudian Terbuka 195 bagi mengelakkan aktiviti perjudian dalam talian daripada berleluasa.

“Sebanyak 61 premis perniagaan telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik ekoran terbabit dengan perjudian dalam talian bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Setakat ini kami sudah melakukan 440 serbuan telah dilakukan berhubung kegiatan berkenaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2162
Kongsi :
Previous post Lelaki bebas tuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak
Next post Rasuah: Dua bekas pegawai kanan imigresen Perak dipenjara tiga tahun, denda RM85,000
Ubah saiz-+=