
COVID-19: Satu kematian direkodkan
PUTRAJAYA 3 Okt – Sebanyak 317 kes baharu COVID-19, yang melibatkan penularan dalam negara dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi direkodkan Malaysia selepas semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kematian akibat COVID-19 di Tawau, Sabah turut dilaporkan, selain tiga kluster baharu iaitu dua kluster – Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose – di Kedah dan satu Kluster Jelok di Selangor.
Beliau berkata kesemua kes baharu itu melibatkan 303 kes warganegara dan 14 bukan warganegara, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini 12,088 kes.
“Daripada 317 kes, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah 176 kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini.
Jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini adalah 137 kes.
Katanya kes kematian ke-137 (iaitu kes ke-10939) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...