Sorting by

×

Sukma: Dua atlet muaythai Melaka hampiri kilauan emas

Masa Membaca:48 Saat

KUALA LUMPUR 21 September – Dua atlet muaythai lelaki negara menghampiri kilauan emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila berjaya menempah tempat di pentas akhir.

Dua atlet itu ialah Che Wan Muhammad Saiful Che Wan Abdullah yang beraksi dalam kategori 54 kilogram dan Wan Muhammad Sabri Wan Mohd Zaki (kategori 60kg).

Pada aksi final yang dijadual hari ini Che Wan Muhammad Saiful bakal ditentang atlet Perak Muhd Amirul Adli Salee Meha.

Manakala Wan Muhammad Sabri bakal membuat perhitungan dengan atlet Sarawak Muhd Johan Ghazali Zulfikar.

IMG-20220921-WA0002
EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Dr Muhamad Akmal Saleh ketika memberi kata-kata semangat kepada atlet muaythai Melaka. Foto: Akmal Saleh

Untuk rekod, setakat ini atlet muaythai Melaka telah meraih lima pingat gangsa menerusi acara waikru lelaki, waikru wanita, kategori wanita 45-48kg (Nur Huda Akma Mohd Razmi), wanita 48-51kg (Siti Nurazila) dan lelaki 54-57kg Muhammad Alif Rafiqin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2399
Kongsi :
Previous post Penghantar makanan tidak sempat ikat tali pertunangan
Next post Berguru dengan Hidilyn Diaz, Nurul Syasya kini kebanggaan Melaka
Ubah saiz-+=