Sorting by

×

Atlet 13 tahun dari Nyalas bawa pulang emas untuk Melaka

Masa Membaca:36 Saat

KUALA LUMPUR 20 September – Melaka membawa pulang pingat emas pertama dalam acara angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) 2022 sebentar tadi.

Pingat emas itu diraih menerusi Nurul Syasya Khairina Syamsur, 13 yang merupakan atlet termuda dihantar pada temasya kali ini.

Nurul Syasya yang juga anak jati Nyalas, Asahan berjaya melakukan angkat terberat untuk menewaskan pencabarnya dalam kategori 49 kilogram wanita.

Kejayaan itu turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Fairul Nizam Roslan menerusi rakaman video di laman Facebooknya.

“Angkatan Emas dari Nurul Syasya (13 tahun) untuk Melaka. Tahniah Syasya. Anak jati Nyalas DUN Asahan. Kategori 49kg Wanita,” katanya.

Untuk rekod, ia merupakan emas pertama Melaka dalam acara angkat berat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

20654
Kongsi :
Previous post Berkain pelikat, minta tolong rumah terbakar
Next post Honda Malaysia panggil balik 702 unit kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga
Ubah saiz-+=