
COVID-19: Tiada PKP, rentas negeri
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam masa terdekat, susulan kes jangkitan COVID-19 seluruh negara masih lagi terkawal.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan rentas negeri juga tidak dilakukan memandangkan kes positif yang direkodkan di beberapa negeri masih kecil, walaupun berlakunya peningkatan kes wabak berkenaan.
Katanya, kes yang banyak di Kedah dan Sabah contohnya, hanya direkodkan di depoh tahanan Imigresen dan penjara, di mana penularannya masih boleh dikawal.
Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
JASIN 12 April - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw...
ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG
ASAHAN 12 April - Pelbagai isu dan masalah membabitkan masyarakat setempat telah berjaya diselesaikan menerusi aplikasi Asahan Sejahtera yang dibangunkan...
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...