
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif COVID-19
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif COVID-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas, dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Ahmad Masrizal berkata beliau tidak mempunyai sebarang gejala dan ujian pertama yang dilakukan pada 23 Sept lepas di Kota Kinabalu ketika kempen pilihan raya negeri Sabah menunjukkan keputusan negatif.
“Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis dan kini, alhamdulillah saya sihat.
“Sejak ujian pertama dilakukan, saya tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik turut disahkan positif COVID-19 antaranya Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Muhammad Rafii.
Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, dia telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.
“Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman COVID-19 ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga pergilah,” katanya.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...
LELAKI MENYAMAR PETUGAS MEDIA ANTARA 32 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN IMIGRESEN
KUALA LUMPUR 10 April - Cubaan terdesak seorang lelaki menyamar dan "bergaul" dalam kalangan petugas media dan penguat kuasa untuk...
MPHTJ SITA KERUSI, MEJA HALANG LALUAN AWAM
DURIAN TUNGGAL 10 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjalankan operasi sitaan melibatkan dua premis berhampiran Bulatan Gangsa...
TRANSFORMASI TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN SEBAGAI LOKASI RIADAH PILIHAN
RIM 10 April - Usaha untuk menjadikan Taman Ekstrem Tasik ChinChin sebagai lokasi riadah dan rekreasi pilihan utama dalam Dewan...
MALAYSIA ALU-ALUKAN PENANGGUHAN SEMENTARA TARIF LEBIH TINGGI AS – TENGKU ZAFRUL
KUALA LUMPUR 10 April - Malaysia mengalu-alukan langkah Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan sementara tarif lebih tinggi ke atas banyak rakan...