
Watak Tunku Abdul Rahman curi perhatian
BANDA HILIR 16 September – Perarakan masuk kenderaan membawa Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman, mengimbau kembali suasana meriah ketika rakyat Malaysia menunggu untuk mendengar pengumuman tarikh keramat kemerdekaan negara.
Terdahulu persembahan dimulakan dengan perarakan masuk basikal tua dan motosikal vespa, diikuti kemunculan Tunku Abdul Rahman bersama 60 pengiring berbusana era 60-an.
Persembahan dalam segmen kedua bertajuk Jejak Merdeka itu dijayakan artis Che’Kem daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang memegang watak sebagai Tunku Abdul Rahman.
Sejurus laungan kemerdekaan bergema persembahan diteruskan dengan nyanyian artis tanah air, Ernie Zakri, Sazali dan Aien Othman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...