Sorting by

×

Hari Malaysia: Pinjam baju ayah demi tema 60-an

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BANDA HILIR 16 September – Demi menyahut seruan berpakaian busana era 60-an, seorang pengunjung sanggup meminjam baju untuk dipakai ke sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Muhammad Nur Aiman Mohammad Hisharuddin, 20 berkata, sebagai seorang generasi milenia, dia semenangnya tidak mengetahui bentuk pemakaian generasi terdahulu, namun hasil tujuk ajar bapanya yang turut meminjamkan pakaian lamanya, kehadiran dia bersama rakan-rakan mencuri perhatian pengunjung yang hadir.

“Saya cuba bawa tema klasik 60-an untuk sambutan ini. Sejujurnya saya kurang pasti bentuk pakaian era 60-an, tetapi saya ada buat sedikit kajian di media sosial dan memilih tema baju kemeja seperti ini.

“Mujurlah saya jumpa baju yang diinginkan di dalam almari ayah saya dan ayah sudi meminjamkan bajunya untuk dipakai menyaksikan sambutan yang pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu, dua sahabat baik, Nurul Syafiqa Izzati Ismail dan Farhana Mukhydin, 20 sanggup memandu dari Tangkak, Johor ke Banda Hilir, Melaka demi tidak melepaskan peluang menyaksikan secara langsung sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Dengan berpakaian bertemakan ‘baju opah’, mereka hanya mengeluarkan modal tidak sampai RM20 untuk mengikut tema yang ditetapkan bagi sambutan kali ini.

“Dari Tangkak kami bergerak dari jam 3 petang dan sampai ke tapak sambutan kira-kira jam 5 petang tadi. Kami menaiki satu kereta bersama rakan-rakan sekolah kerana ingin merasai kemeriahan sambutan kali ini.

“Paling kami teruja ialah melihat persembahan kebudayaan dan konsert artis terkenal yang menjadi tarikan bagi sambutan kali ini,” kataya.

Turut menambah rencah pengunjung berpakaian tema 60-an, ialah adik beradik Nor Maldiana Mazlan, 20 dan Muhammad Sabiq Mazlan, 13 yang datang bersama rakan dari Pahang Siti Hajar Ibrahim 22.

Mereka turut menyahut seruan penganjur berpakaian tema 60-an yang dibeli pada harga RM10 di sebuah pasar raya di Bandar Melaka.

“Walaupun baju murah, tetapi bagi kami ia cukup untuk menambah ‘vibe’ 60-an demi memeriahkan suasana pada sambutan kali ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami memang teruja dan bangga kerana berpeluang merasai suasana sambutan yang cukup meriah kali ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9420
Kongsi :
Previous post Pesara tembak diri sendiri selepas tembak isteri
Next post Bomba selamatkan kanak-kanak mangsa dera
Ubah saiz-+=