
Penyanyi era 80-an Aman Shah meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 14 September – Penyanyi dan pelakon era 1980-an, Aman Shah, 68, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat komplikasi jantung, pada 2.15 petang tadi.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata jenazah kini berada di IJN bagi urusan bedah siasat dan akan dibawa ke Masjid Alam Damai Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, dijangka selepas solat Asar.
“Seluruh kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah buat ahli keluarga, semoga tabah hadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aman Shah yang dilahirkan pada 1954 di Johor Bahru, menjadi pelakon dan penyanyi sejak 1979 selain mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada 1980 hingga 1987.
Antara filem lakonan Allahyarham adalah Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila, manakala lagu popularnya termasuk Kepulangan Yang Dinanti yang sering berkumandang setiap kali menjelang Aidilfitri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...