
Melaka cari sukarelawan ‘house call’ bantu asnaf
MERLIMAU 12 September – Sukarelawan dalam bidang perubatan diperlukan bagi membantu program ‘house call’ dari untuk membantu golongan asnaf di negeri ini.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sukarelawan itu akan ditempat di klinik kesihatan berhampiran rumah bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
Jelasnya, antara tugasan untuk sukarelawan berkenaan adalah melakukan fisioterapi, menukar tiub makanan, penjagaan luka dan menukar tiub kencing.
“Kita memerlukan lebih ramai sukarelawan kerana ramai dalam kalangan golongan ini (asnaf) terbiar dari segi rawatan kerana mereka tidak mampu untuk menghantar pesakit ke klinik disebabkan faktor kekangan ekonomi.
“Jadi, kepada adik-adik yang sedang belajar perubatan seperti bidang ‘nursing’, Sains Kesihatan ataupun yang baru tamat pengajian dan sedang menunggu tawaran kerja, anda adalah dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Dr Muhamad Akmal berkata, kepada sesiapa yang berminat boleh mengisi borang di Google Form: https://forms.gle/e9SsWsv3jmuVswh68.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...