
2.6 juta pelancong lawat Melaka setakat Jun
REMBIA 12 September – Negeri Melaka menerima kunjungan 2.6 juta pelancong setakat Jun lalu kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Muhammad Jailani berkata, jumlah itu sudah mencapai separuh atau 50 peratus sasaran lima juta pelancong sehingga hujung tahun ini.
Katanya, dengan Negeri Melaka menjadi tuan rumah bagi pelbagai program penting sasaran ditetapkan dijangka mampu dicapai.
“Kita ramal pelancongan Melaka akan melepasi sasaran hujung tahun ini. Banyak lagi acara dan sambutan rasmi kebangsaan akan dianjurkan sampai hujung tahun nanti.
“Hal ini melonjakkan industri pelancongan negeri. Selepas sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Negeri Melaka akan menjadi tuan rumah Festival Filem Malaysia yang akan diadakan di Encore, Klebang, dari 25 November hingga 2 Disember,” katanya.
Beliau berkata, demikian selepas merasmikan Karnival Hari Keluarga Rembia dan Hari Bertemu Rakyat DUN Rembia 2022 di Kompleks Japerun Rembia, di sini, semalam.
Menurutnya, lokasi penganjuran Festival Filem Malaysia juga akan membabitkan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan serta luar negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENAHANAN PEMIMPIN KANAN PARTI POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AB RAUF
AYER KEROH 16 April - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang juga...
BEKAS ANGGOTA IMIGRESEN DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH LEBIH RM10 JUTA
KUANTAN 16 April - Seorang lagi bekas anggota Jabatan Imigresen ditahan semalam kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga...
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...