‘Saya akan pikul amanah suami’

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PENGKALAN BATU 2 Okt. – “Sampai sekarang saya masih sukar menerima kenyataan kehilangan suami sewaktu empat anak yang masih kecil berusia tidak termasuk anak kelima di dalam kandungan berusia lima bulan.

Itu detik kata pilu diluahkan Amisah Mohd Isa, 34, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu menggunakan bahasa isyarat dan diterjemahkan sepupunya, Suriati Ahmad.

Surirumah itu kehilangan suami, Zulkifle Musiran, seorang penghantar makanan yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 28 September lalu.

Menurut Amisah dunianya kini suram setelah mahligai perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu terpaksa diharungi sendirian bersama empat anak-anaknya yang masih kecil berusia empat hingga 10 tahun.

“Selepas ini, terpaksalah saya kerja dan pikul tanggungjawab arwah suami untuk besarkan anak-anak”.

“Walaupun pahit untuk ditelan, namun saya redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi,” katanya disusuli tangisan ketika ditemui di media di rumahnya di Jalan Malim, di sini hari ini.

Terdahulu, Amisah menerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Prihatin diketuai Pengarah PERKESO Melaka Abd Razak Omar yang menyampaikan faedah caruman kepadanya dan anak-anak.

Dalam lawatan itu, PERKESO menyampaikan faedah keseluruhan sebanyak RM1,494.00 sebulan melalui Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Faedah Penakat, selain turut memberikan Faedah Pengurusan Mayat secara one-off berjumlah RM2,000.00 kepada Amisah.

Sementara itu, anak sulung Amisah, Muhammad Hakim Zulkifle, 10, turut menyuarakan hasrat untuk lebih rajin belajar selepas bagi membantu ibu dan adik-adiknya selepas kehilangan ayah yang dicintai.

“Saya janji untuk belajar rajin-rajin dan nak jaga ibu serta adik-adik. Bila besar nanti saya bercita-cita nak jadi anggota bomba,” katanya.

Views:

742
Kongsi :
Previous post Festival Kuih Bulan Melaka ditangguhkan
Next post COVID-19: Freeport A Famosa Outlet disanitasi
Ubah saiz-+=