
Tenis Melaka sasar dua pingat Gangsa di Sukma
BUKIT KATIL 11 September – Persatuan Tenis Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya menyumbang dua pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Edisi ke-20 yang dijadual bermula 16 September ini.
Presiden Persatuan Tenis Melaka, Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim berkata sasaran itu menjurus kepada lima kategori persendirian yang dipertandingkan.
Katanya, seramai 10 atlet tenis mengambil bahagian dalam acara tenis kali ini dan berharapĀ mampu menyumbangkan lebih banyak pingat untuk kontinjen Sukma Negeri Melaka.
“Pada Sukma kali ini, kami hantar wakil bagi semua lima kategori dipertandingkan, meskipun sasaran cuma dua gangsa saya harap atlet Melaka mampu beri lebih.
“Bonus juga dapat bawa pulang emas, sudah pasti itu suatu yang amat menggembirakan persatuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif Atlet Sukmadan Pembangunan Tenis Negeri Melaka di sebuah restoran, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...