Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Masa Membaca:29 Saat

SANDAKAN 2 Okt. – Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Menurut sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika mengesahkan perkara itu, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu kita-kira 11.50 pagi.

Difahamkan keluarga mendiang belum bersedia untuk membuat kenyataan.

Liew, 60, yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta merupakan Pengerusi Tetap Warisan

Mendiang meninggalkan isteri Datin Dr Lindai Lee dan empat anak.

– BERNAMA

Views:

306
Kongsi :
Previous post COVID-19: KM dan Exco selesai jalani ujian calitan, JKN digesa lakukan penambahbaikan
Next post KPT cadang IPT seluruh negara daftar pelajar, pembelajaran secara dalam talian
Ubah saiz-+=