Dua nelayan hilang ketika jala ikan, ditemukan selamat
KOTA TINGGI, 5 September – Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan semalam, ditemukan selamat berhampiran jalan utama Kampung Sungai Telor di sini, pagi ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata kedua-dua mangsa, Wan Nain Wan Abd Kadir, 44, dan Nik Norzi Abd Rahman, 48, ditemukan dalam keadaan lemah pada jarak 700 meter dari Sungai Telor, pada 7.40 pagi tadi.
“Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya melakukan rawatan kepada Wan Nain yang mengalami cedera ringan pada bahagian kaki sebelum mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.24 malam tadi, sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Asmiza berkata kaedah pencarian pada permukaan air di kawasan tebing sungai itu telah dilaksana sehingga 2 pagi tadi.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.25 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...