Sorting by

×

DUN Gadek anjurkan program berkhatan beramai-ramai

Masa Membaca:51 Saat

GADEK 4 September – Pelbagai gelagat dan reaksi dapat dilihat dalam kalangan peserta Program Berkhatan Peringkat DUN Gadek 2022 yang berlangsung pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam berkata, program anjuran Japerun Gadek dan Klinik Al-Fatih, Krubong itu adalah bersempena cuti persekolahan.

“Setakat jam 10 pagi 22 kanak-kanak didaftarkan. Menerusi program ini, ibu bapa hanya membayar separuh sahaja kos, untuk anak-anak yatim pula percuma.

“Sebelum dikhatankan kanak-kanak ini terlebih dahulu mandi beramai-ramai dibawah semburan pancuran air disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

WhatsApp Image 2022-09-04 at 2.27.26 PM
ADUN Gadek VP Shanmugam bergambar bersama seorang kanak-kanak yang selesai berkhatan pada Program Berkhatan Peringkat DUN Gadek 2022

Beliau yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkata, selain berkhatan turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan.

“Program berkhatan beramai-ramai seperti ini secara tidak langsung dapat menyemai semangat kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan di kalangan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2115
Kongsi :
Previous post Tasik PMM jadi pusat aktiviti, kajian kampus
Next post Suami isteri dipercayai edar dadah diberkas di JB
Ubah saiz-+=