Sorting by

×

Ribut badai empat rumah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KUALA LINGGI 2 September – “Bunyi macam meletup, macam kena hempap bila ribut sampai ke sini, habis sebuah atap di tengah rumah berkecai,” kata mangsa ribut di Taman Kuala Permai, di sini, Nor Hazrizan Hislam, 36.

Nor Hazrizan, antara empat pemilik kediaman yang terjejas dalam kejadian ribut melanda kawasan itu jam 2.05 pagi tadi.

Katanya, memburukkan lagi keadaan apabila hujan lebat selama dua jam menyebabkan bahagian dalam kediamannya dimasuki air.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 3.17.09 PM
SERPIHAN bumbung yang pecah dibadai ribut.

“Mujur bumbung sahaja yang rosak, ini adalah kali pertama perumahan kami dilanda ribut seteruk ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, jirannya, Mohd Hadi Mohd Nor, 41, mendakwa mengalami kerugian dianggarkan RM1,000 berikutan bumbung kediamannya mengalami kerosakan.

Dia dan Nor Hazrizan mengambil inisiatif dengan membaiki sendiri bahagian bumbung rosak berikutan risau kejadian sama berulang selain kekerapan hujan ketika ini.

“Pagi tadi kami bersihkan bahagian yang rosak dan tutup menggunakan kanvas risau jika hujan lebat berulang,” katanya.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 3.18.18 PM
BUMBUNG di tengah kediaman Nor Hazrizan rosak dipukul ribut

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah turun padang untuk meninjau kerosakan dan bertanyakan khabar mangsa.

“Kejadian ini diambil maklum dan bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada pemilik kediaman terjejas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1943
Kongsi :
Previous post Lima penganggur termasuk dua beradik didakwa edar dadah
Next post Banjir Disember 2021 tinggalkan kesan kepada nelayan
Ubah saiz-+=