
MBMB tawar pengurangan kompaun parkir sehingga 80 peratus
AYER KEROH 29 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memberikan insentif khas pengurangan kompaun letak kereta sehingga 80 peratus.
Tawaran itu diberikan bermula 1 hingga 4 September ini bersempena Fiesta I²CT MBMB 2022.
MBMB dalam satu kenyataan memaklumkan diskaun itu menyaksikan nilai kompaun yang sepatutnya dikenakan RM100 hanya perlu dibayar RM20 sahaja bersempena hari istimewa itu.
“Bagi nilai kompaun RM50 dan RM30, orang ramai hanya perlu membayar RM10 dan RM6 sahaja selepas pengurangan.
“Pembayaran itu boleh dibuat secara terus di Kaunter MBMB, kiosk dan MyFPXMBMB sahaja. Rebutlah peluang ini untuk menyelesaikan tunggakan kompaun letak kereta anda,” kata kenyataan itu.
Dijangka Fiesta I²CT MBMB 2022 akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pada 1 September ini di Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENELUSURI SUNGAI MELAKA DALAM SUASANA HARI RAYA
BANDARAYA MELAKA 6 April - Meskipun masih dalam 'mood' hari raya, ramai dalam kalangan pengunjung yang memilih untuk merasai pengalaman...
NIGHT SAFARI JADI PILIHAN BILA LARUT MALAM
AYER KEROH 6 April - Zoo Melaka menerusi produknya iaitu 'Night Safari' menjadi tumpuan pengunjung dari dalam serta luar Melaka...
AIDILFITRI ERAT PERPADUAN ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
TABOH NANING 6 April - Di sebalik kehijauan hutan dan ketenangan desa, Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini, menyambut...
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SERONOK, BANGGA JADI ANAK MELAKA
AYER KEROH 5 April - Luar biasa, penuh kemeriahan hari raya. Itu antara reaksi pengunjung berbilang kaum yang hadir ke...
AYDA JEBAT LEPAS RINDU DAPAT MENYANYI DI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengakui teruja dan seronok apabila dapat membuat persembahan di...
GERAI JAGUNG MANIS JADI TUMPUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RIM
RIM 5 April - Jagung manis rebus menjadi menu pilihan dalam tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...