Sorting by

×

Lebih 1,000 motosikal terima petrol percuma

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

MASJID TANAH 28 Ogos – Lebih 1,000 penunggang motosikal sekitar Masjid Tanah menerima sumbangan petrol percuma dan kit makanan di Petronas Masjid Tanah, hari ini.

Majlis yang bermula sekitar jam 3 petang itu merupakan anjuran Fazil Group dan dihadiri Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, pemberian petrol secara percuma itu bertujuan untuk membantu meringankan beban penunggang motosikal di sekitar daerah itu.

“Program seumpama ini bagus dan wajar dicontohi, kerana ia merupakan inisiatif pihak yang membantu bagi meringankan golongan marhaen dan kurang berkemampuan di sekitar kawasan Masjid Tanah ini.

“Secara tidak langsung pemberian ini juga dapat meringankan beban masyarakat dan kita harapkan akan ada lagi program seumpama ini di masa akan datang di sini,” katanya.

photo1661677880
AB Rauf mengisi petrol secara percuma kepada penunggang motosikal di Petronas Masjid Tanah. Foto: MR Azli

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program sumbangan petrol dan kit makanan di Petronas Masjid Tanah hari ini, yang turut dihadiri Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fazil Group, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, Masjid Tanah merupakan lokasi kelima penganjuran program sumbangan petrol dan penyerahan kit makanan itu selepas Jasin, Tangga Batu, Sungai Udang dan Sungai Petai.

Ujarnya, sumbangan yang bermula jam 3 petang dan berakhir jam 6.30 petang itu adalah inisiatif pihaknya ke arah membantu masyarakat setempat.

“Di pihak Fazil Group, kita berasa terpanggil untuk mempelbagaikan program berbentuk kebajikan bagi membantu beban golongan B40 ketika ini.

“Alhamdulillah, sambutan yang cukup baik, saya melihat orang ramai berbaris menunggu giliran bagi mendapatkan petrol percuma dan diharapkan dengan bantuan sedikit ini dapat memudahkan urusan semua,” katanya.

photo1661678934
PENUNGGANG motosikal menunjukkan isyarat bagus ketika mengisi petrol percuma di Stesen Petronas Masjid Tanah. Foto: MR Azli

Dalam program itu juga, semua motosikal tanpa mengira kapasiti enjin akan diberikan kit makanan dan isian minyak petrol secara penuh dan percuma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2764
Kongsi :
Previous post Ikan pari Tambak Klebang bawa tuah menang RM25,000
Next post RM965,000 baik pulih, bina baharu rumah nelayan Melaka
Ubah saiz-+=