ADUN Ayer Limau positif COVID-19

Masa Membaca:44 Saat

AYER KEROH 1 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Amirudin Yusof kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas beliau disahkan positif COVID-19.

Menurutnya, beliau pada mulanya dimaklumkan ujian calitan (swab test) yang dijalankan ke atas adalah negatif, sebelum disahkan positif semalam.

Sehubungan itu jelasnya, pasukan kesihatan telah ke rumahnya petang semalam dan membawanya ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Petang semalam petang pasukan perubatan datang ke rumah dan membawa saya ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Susulan itu isteri dan anak saya juga sudah melakukan ‘swab test’ dan menunggu keputusan selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu dua anaknya yang akan mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dijangka akan menangguh kemasukan.

Menurut Amirudin sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sabah pada Isnin, beliau sudah menjalani pemeriksaan dan melakukan ‘swab test’ sebelum dibenarkan pulang.

Views:

465
Kongsi :
Previous post Kira-kira 5,422 PPS mampu tampung mangsa banjir
Next post China bakal jalin kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=