‘Centralized big data’ peroleh maklumat benar – BTMK
AYER KEROH 1 Okt. – Usaha mewujudkan ‘centralized big data’ amat diperlukan bagi memastikan segala himpunan data dapat dianalisa sekali gus memperoleh maklumat yang benar.
Ketua Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri Shamsudin Sharif berkata, bagi meneruskan usaha itu BTMK berkolaborasi dengan beberapa pihak yang pakar dalam bidang itu.
“Kita ingin kenalpasti data apa yang diterima dan ianya dari mana, kemudian data ini akan diintegrasikan, dikumpulkan seterusnya dibuat analisa.
“Sebagai contoh, jika ada ‘big data’ golongan sasar yang layak menerima bantuan tidak akan tercicir kerana maklumat yang benar diperolehi menerusi sumber ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya di Seri Negeri, baru-baru ini.
Tambahnya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) juga telah bersetuju untuk membantu BTMK dari segi konsultansi teknikal.
“Manakala, kerajaan negeri melalui Majlis Tindakan Negeri (MTEN) Melaka akan mengadakan kolaborasi dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi pelaksanaan ‘big data’ ini,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...
‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
AYER KEROH 23 November - Bagi memastikan umat Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dapat menunaikan solat dalam...
KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
AYER KEROH 23 November - Polis Daerah Melaka Tengah menafikan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di Krubong Jaya, baru-baru...