Melaka kaji semula peraturan penjualan arak

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Jun. – Kerajaan negeri akan mengkaji semula isu membabitkan peraturan penjualan minuman keras di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali melalui kenyataannya hari ini menegaskan, perkara itu adalah wajar dilaksanakan, malah ia akan membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pihak berkuasa tempatan (PBT), hingga wujudnya garis panduan baharu.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum mengenai kes serius melibatkan orang ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat sikap pemandu mabuk yang berada di bawah pengaruh alkohol berlaku kebelakangan ini.

“Kerajaan negeri mengambil serius terhadap kes yang sedemikian kerana ia turut menyebabkan masalah sosial lain yang lebih besar jika tindakan tegas dan hukuman lebih berat tidak dikenakan.

“Hal itu kerana ia juga boleh menyebabkan timbul masalah lain
dalam kalangan masyarakat berpunca daripada kehilangan ahli keluarga yang menjadi tonggak keluarga seperti ibu, bapa dan sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri Melaka menyokong
penuh saranan dan cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di
bawah pengaruh alkohol atau dadah.

They also look after the https://www.affordable-papers.net/ proofreading of their content.

Views:

500
Kongsi :
Previous post Teka-teki siapa TYT Melaka ke-7 terlerai
Next post PAS Melaka desak PBT bekukan pengeluaran lesen arak dan judi
Ubah saiz-+=