
Rakyat Melaka perlu didedahkan dengan pertanian moden
SERI NEGERI 24 Ogos – Rakyat Melaka perlu didedahkan dengan konsep pertanian moden dan berteknologi tinggi yang mampu menjadi sumber pendapatan mampan.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berkata, penekanan terhadap automasi dan penggunaan teknologi moden seperti Internet of Things (IoT) perlu diperkasakan di negeri ini sekali gus memberi jaminan dalam bekalan sekuriti makanan negeri ini.
“Perkara ini perlu dipertingkatkan agar menjadi amalan peladang, penternak dan nelayan.
“Saya menyambut baik sokongan di pihak kerajaan dan swasta meneroka peluang memodenisasikan sektor pertanian secara lestari bagi meningkatkan produktiviti hasil tanaman, ternakan dan perikanan yang berkualiti.
“Kita hendaklah memberi perhatian berhubung bekalan makanan dalam negeri, rakyat Melaka dibimbing dan diberi galakan untuk menceburi industri pertanian sebagai petani moden dan berteknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-73 Tahun 2022 diadakan di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...