Orang awam berkas dua lelaki ragut pelancong wanita
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahya berkata suspek yang berusia 32 dan 35 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.38 malam.
Beliau berkata semasa kejadian pelajar kolej yang berusia 18 tahun itu, berjalan berseorangan di tepi lorong berkenaan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan cuba meragutnya.
“Susulan penahanan dua lelaki itu, polis turut merampas sebuah motosikal, dua topi keledar dan segugus kunci motosikal yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya kedua-dua suspek direman bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana meragut.
Hari ini satu klip video berdurasi satu minit lima saat yang tular di Twitter dan mendapat lebih 24,000 tontonan itu memaparkan seorang wanita memakai baju kelawar bergelut dengan seorang peragut untuk mendapatkan kembali beg tangan miliknya sebelum berjaya diselamatkan orang awam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.