
SWM bawa mesej cintakan negara dan alam sekitar
AYER KEROH 23 Ogos – Jelajah Merdeka SWM Environment yang julung kali diadakan bukan hanya bertujuan menyuntik semangat patriotik, sebaliknya mengajak orang ramai mencintai alam sekitar.
Program dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah pada 18 Ogos lalu dan sepanjang jelajah berlangsung pasukan SWM Environment akan singgah ke tujuh lokasi sekitar negeri ini seperti sekolah, pejabat kerajaan dan premis perniagaan.
Pasukan SWM Environment akan mengagihkan Jalur Gemilang, lencana serta risalah KITARecycle yang menerangkan mengenai program Jom Kitar Semula dan Dapatkan Mata Ganjaran.
Sepanjang siri jelajah yang akan berakhir di Banda Hilir pada 3 September ini, pasukan SWM Environment akan mengagihkan 100 Jalur Gemilang selain dua plak penghargaan kepada individu aktif dalam program kitar semula menerusi KITARecycle.
Pada jelajah siri kedua hari ini, Jelajah Merdeka SWM Environment seramai kira-kira 10 orang diketuai Pentadbir Cawangan Hang Tuah Jaya SWM Environment Melaka Mohd Faiz Zakaria singgah ke Pejabat Melaka Hari Ini Sdn Bhd dan disambut Ketua Kandungan Melaka Hari Mohd Salman Hamat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...